Featured Products

Vestibulum urna ipsum

product

Price: $180

Detail | Add to cart

Aliquam sollicitudin

product

Price: $240

Detail | Add to cart

Pellentesque habitant

product

Price: $120

Detail | Add to cart

Naik hantu

Tidak sedarkan diri kerana terlalu marah

Naik hati

Bersifat berlebih-lebihan kerana dimanja-manjakan

Naik angin

1) Sejenis penyakit yang boleh menyebabkan perjalanan nafas menjadi sesak

2) Timbul perasaan gembira

3) Timbul perasaan meradang disebabkan oleh sesuatu perkara

Naik bintang

Mempunyai nama yang terkanal

Naik abu

1) Menunjukkan keadaan perjalanan yang terlalu deras atau laju

2) Sesuatu barang yang terlalu lama disimpan dan tidak pula digunakan

Nafas kuda

Seseorang yang bernafas panjang

Mulut tempayan

Seseorang yang tidak boleh menyimpan rahsia

Musang pulut

Orang yang tidak boleh dipercayai

Mulut becok

Seseorang yang suka bercakap banyak (bising)

Mulut kelembai

Seseorang yang suka memperkatakan tentang hal orang lain

Minta diri

Menyatakan hendak pulang

Menunjuk muka

Memperlihatkan diri secara ala kadar. (Misalnya, hadir dalam sesuatu majlis dalam tempoh yang pendek.)

Menyimpan hati

Menaruh perasaan dendam

Menjolok mata

Sesuatu perbuatan yang kelihatan sumbang

Mengadu domba

Melaga-lagakan pihak tertentu supaya mereka bergaduh

Mengadu untung

Mencari tuah atau mencari nasib

Mengabui mata

Melakukan sesuatu supaya orang lain tidak dapat melihat keadaan yang sebenarnya

Mencemarkan duli

Apabila seseorang raja pergi (berangkat) ke sesuatu tempat

Menculik hati

Menggelikan hati

Menang sorak

Berasa gembira dengan kemenangan yang diperolehi sebaliknya kemengan tersebut telah membawa kerugian kepadanya

Menahan jerat

Mencari keuntungan atau cuba mendapat peluang yang baik dari sesuatu keadaan

Memperlihatkan taring

Menunjukkan kegarangan

Mempersempitkan langkah

Menyusahkan sesuatu tindakan yang akan diambil

Memecahkan soal

Mencari beberapa jalan penyelesaian ke atas sesuatu permasalahan

Membuat akal

Mengadakan atau mereka-reka helah dengan tujuan untuk mengelakkan diri daripada mengerjakan sesuatu pekerjaan

Membuka dada

Menceritakan segala rahsia yang diketahui

Membelah bumi

Keadaan yang gegak-gempita

Membawa hati

Merajuk dan menyimpan  perasaan berdukacita

Perkembangan masyarakat

Kemajuan yang dicapai oleh sesuatu kelompok manusia, bangsa ataupun negara dari semasa ke semasa

Periuk belanga

Perkakas yang ada hubungan dengan masak-memasak (perkakas dapur)

Perintis jalan

Kerja-kerja yang dilakukan di peringkat awal (dan mengalami berbagai-bagai kesulitan) dan menjadi asas untuk kesenangi di kemudian hari

Peraturan alam

Undang-undang tabii (undung-undang yang berasaskan kepada sebab-musabab terjadinya)

Perang mulut

1) Berbahas, berdebat atau bertikam lidah tentang sesuatu perkara

2) Bermaki hamun di antara satu dengan yang lain

Perang kilat

Tindakan menyerbu yang dilakukan secara pantas sekali

Perang dingin (Perang urat saraf)

1) Pertengkaran ataupun perselisihan tutur kata di antara seorang dengan yang lain

2) Pergolakan politik di antara sebuah negara dengan negara lain

penyapu buruk

Seseorang yang sudah tidak ada faedahnya lagi kepada masyarakat

Penyapu besar

Seseorang penipu yang cuba mencari peluang yang besar supaya niatnya dapat dicapai dengan jaya

Penyapu baru

Seseorang yang melalukan sesuatu pekerjaan dengan teratur sekali kerana baru memegang jawatan tersebut

Pening-pening lalat

1) Keadaan seseorang yang pening-pening sedikit

2) Pening kerana memandang sesuatu benda yang amat digemari dan ingin memilikinya

Pendek kata

Ringkasnya

Pembasuh mulut

Kuih atau buah-buahan yang dimakan sesuadah memakan nasi. (Juga makanan yang dimakan untuk menghilangkan bau mulut selepas memakan sesuatu ataupun untuk mempercepatkan proses penghadaman)

Pembuka kata

Kata-kata aluan

Peluh dingin

Keringat yang keluar dari tubuh kerana berada dalam keadaan ketakutan

Pejam mata

Meninggal dunia

Pekak badak

Seseorang yang terlalu pekak (hampir tuli)

Pecah rumah

Kegiatan kecurian yang dilakukan ke atas sesebuah rumah

Pecah hati

Kecewa

Pecah khabar

Tersiar berita tentang sesuatu peristiwa atau kejadian

Patah kaki

Hilang pembantu (orang harapan) yang boleh menjalankan sesuatu pekerjaan atau usaha

Patah tebu

Sesuatu perselisihan yang masih ada harapan untuk didamaikan

Patah anak tangga

Sesuatu usaha yang terhenti ataupun tergendala disebabkan oleh sesuatu keadaan

Patah hati

Putus harapan, lemah cita-cita untuk melakukan sesuatu

Pasang ranjau

Bersiap sedia serta menunggu peluang yang baik untuk memusnahkan orang lain

Pasang telinga

Mendengar sesuatu perkara dengan penuh perhatian

Panas tangan

1) Seseorang yang suka memukul orang lain

2) Sukar mendapat kejayaan di dalam sesuatu usaha

Pak Pandir

Orang yang bodoh dan tindakannya selalu menjadi bahan tertawaan

Otak kapur

Orang yang mudah hilang daya ingatan

Pahit darah

Berumur panjang

Otak buruk

Cara pemikiran lama. Sesuatu pandangan yang lapuk dan kuno

Orang pelarian

Orang yang meninggalkan sesuatu kawasan dan berpindah ke kawasan lain dengan tujuan untuk mendapatkan perlindungan (akibat peperangan, kekejaman atau kebuluran)

Orang tua

Ibu bapa

Orang luar

Orang yang tidak ada kena-mengena dalam sesuatu hal (hubungan kekeluargaan mahupun pekerjaan)

Orang lama

1) Seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam sesuatu bidang pekerjaan

2)Seseorang yang sudah berumur

Orang harapan (Tangan kanan)

Seseorang yang dipercayai dan boleh dijadikan pengganti di dalam sesuatu urusan yang penting

Orang halus

Hantu dan jin yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar

Orang dalam

1) Seseorang ahli di dalam sesuatu urusan

2)Orang-orang yang tinggal di istana

3)Isteri

4)Orang asli

Orang barat

Bangsa-bangsa Eropah

Omong kosong

Berbual-bual tentang sesuatu perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah

Nyawa di hujung pedang

Berada dalam keadaan yang sangan genting serta berbahaya

Nyawa ikan

Nafas yang pendek-pendek di kala hendak menghembuskan nafas yang terakhir

Nujum Pak Belalang

Sesuatu tekaan yang betul secara kebetulan, sebenarnya pihak si peneka sendiri tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara yang ditekanya

Nenalu (Dedalu) api

Orang yang menumpang sahaja pada mulanya tetapi akhirnya dia memusnahkan orang yang ditumpanginya

Neraka dunia

Kesukaran hidup (orang yang kecewa kerana kegagalan dalam kehidupan)

Nasi kunyit

Sesuatu yang sangan digemari ramai

Naik gila

Terlalu gemarkan sesuatu sehingga melupakan segala-galanya

Naik minyak

Timbul perasaan marah

Naik tangan

Menang di dalam sesuatu pertandingan

Membanyakkan pinggan mangkuk

Menambah kesusahan atau melakukan sesuatu tindakan yang sia-sia

Membabi buta

1) Melakukan sesuatu perbuatan tanpa berdasarkan pertimbangan akal fikiran

2) Bersikap tidak senonoh dan kurang ajar

Mati langkah

Tidak dapat menggerakkan sesuatu kegiatan (pekerjaaan) kerana kehabisan ikhtiar

Mati kira

Sudah kehabisan perhitungan (kira bicara) dalam sesuatu perkara

Mati kera

1) Merana dalam kehidupan kerana gagal dalam percintaan

2) Keadaan pokok yang kelihatan mati tetapi batangnya masih basah

Mati angin

Tidak dapat melakukan sesuatu menurut kehendak hati bahkan terpaksa mengikut setiap arahan yang diberikan

Mati katak

Mati dengan sia-sia. Mati yang tidak dipedulikan orang

Mata tangga

Tingkat-tingkat pada tangga

Mata tongkang

Memandang sesuatu secara tidak teliti (memandang dengan mata bukan dengan hati)

Mata jering

Mata yang besar tetapi tidak nampak

Mata kaca

Pemandangan yang lemah

Mata kayu

Memandang tetapi tidak nampak

Mata ikan

Kudis yang menanah pada bahagian kaki atau bahagian tubuh yang lain

Mata benda

Beraneka jenis barang

Mata hati

Perasaan di dalam diri seseorang

Mata ayam

Cepat terjaga dari tidur

Mata angin

Arah sesuatu tempat di muka angin. (Mata angin utama ialah Utara, Selatan, Timur dan Barat)

Mata air

1) Orang yang dikasihi (kekasih)

2)Mata pencarian seseorang

3)Lubang di tanah di mana air keluar

Masuk daun

Mendapat kesempatan (peluang) yang baik untuk menyatakan sesuatu perkara yang dihajati

Masak tangan

Seseorang yang sudah biasa dipukuli

Masin lidah (Masin mulut)

Sesuatu seruan yang menjadi ikutan atau dipatuhi oleh orang lain

Malu-malu asam

Berasa segan silu untuk bertentang mata

Mandi kerbau

Mandi yang tidak bersih

Makan tidur

Orang yang malas dan tidak mahu bekerja

Malang tak berbau

Sesuatu malapetaka itu tidak dapat diketahui atau diteka oleh sesiapa

Makan tanggung

Seseorang yang tidak boleh bekerja tetapi dapat hidup dengan sempurna kerana dibiayai oleh orang lain

Makan tanah

Jatuh tersungkur di atas permukaan bumi