Featured Products

Vestibulum urna ipsum

product

Price: $180

Detail | Add to cart

Aliquam sollicitudin

product

Price: $240

Detail | Add to cart

Pellentesque habitant

product

Price: $120

Detail | Add to cart

Makan pangkal

Makan awal untuk mereka yang menyiapkan kerja-kerja di majlis perkahwinan

Makan nasi kawah

1) Makan percuma. Makanan yang diberikan oleh orang lain secara percuma kepada kita

2) Nasi yang dimakan beramai-ramai seperti di asrama ataupun di tempat kenduri

Makan hati

Perasaan sedih dan hanya disimpan di dalam hati

Makan jasa

Memperolehi sesuatu kebaktian

Makan garam

Seseorang yang mempunyai pengalaman yang banyak kerana sudah berumur

Makan hari

Sesuatu barang yang rosak akibat daripada terkena cahaya matahari

Makan gaji

Mendapat bayaran yang tetap kerana menjalankan sesuatu pekerjaan atau tugas

Makan diri

1) Sesuatu benda yang rosak dengan sendirinya semasa berada di dalam simpanan

2) Sesuatu benda yang merosakkan tuannya sendiri

Main lidah

Membuat helah atau memutarbelitkan sesuatu hujah

Makan angkat

Seseorang yang suka dipuji

Main belakang

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan secara sulit keranan mempunyai tujuan tertentu

Main angin

Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh

Ada angin

1) Mempunyai kemahuan

2) Perasaan atau hasrat yang tinggi

Macam siput

1) Pergerakannya yang terlalu lambat

2) Bersifat pemalu

Mabuk darah

Tidak boleh melihat darah yang banyak kerana akan berasa pening

Mabuk cendawan

Orang yang menderita(sehingga kurus kering) kerana gagal dalam percintaan

Lupa daratan

Melupakan tujuan hidup kerana tenggelam di dalam arus kemewahan serta kesenangan dunia

Lipas kudung

Seseorang yang pantas pergerakannya dalam membuat sesuatu pekerjaan

Lidah pengarang

Pendapat ataupun pandangan para sidang editor suratkhabar dan majalah

Lepas tangan

1) Melepaskan tanggungjawab kepada orang lain

2) Berjalan sendiri, bebas dan merdeka

Lepas laku

1)Melakukan sesuatu perbuatan dengan sekehendak hati tanpa sebarang sekatan

2) Berkebolehan dalam segala bidang

Lepas hati

Berasa puas

Lepas diri

Tidak mahu bertanggungjawab ke atas sesuatu perbuatan yang telah dilakukan

Lekat hati

1) Jatuh cinta

2) Masih terkenang-kenang tentang sesuatu peristiwa  yang dialami

Layar putih

Wayang gambar

Latar belakang

Gambaran umum tentang sesuatu perkara

Laut lepas

Kawasan di bahagian tengah lautan yang luas

Langkah kiri

Tidak bernasib baik. (Misalnya, apabila hendak berjumpa seseorang, kebetulannya orang yang hendak kita temui tiada di situ)

Lapang dada

1) Seseorang yang bersifat sabar

2) Hilang rasa risau dan hal-hal yang merungsingkan

Langkah kanan

Bernasib baik

Lagak lagu

Gerak-geri, sifat serta perwatakan seseorang

Lagu lama

Keadaan yang tidak berubah (seperti dahulu juga)

Kumpul kiambang

Keadaan yang sukar untuk bersatu padu

Lada api

Orang yang bertubuh kecil tetapi handal (cerdik atau berani)

Kulum batu

1) Berdiam diri sahaja

2) Tidak mahu membuka rahsia

Kuda kayu

Seseorang yang boleh diperbudak-budakkan kerana kebodohannya

Kuku kambing

Sejenis alat yang digunakan untuk menanam anak padi di sawah

Kucing bertanduk

Sesuatu perkara yang ganjil dan tidak mungkin akan berlaku

Kopi pahit

Teguran yang pedas tatapi mempunya kebenaran yang nyata

Kitab suci

Kitab agama yang diturunkan oleh Tuhan kepada umat manusia (Al-Quran adalah kitab suci untuk penganut agama islam

Jinak-jinak merpati

Sungguhpun jinak tetapi amat sukar untuk ditundukkan

Jilat kelawan (Jilat bibir)

Berada dalam keadaan terkulat-kulat kerana sesuatu barang yang dihajati telah diambil oleh orang lain

Jinak-jinak lalat

Orang yang kelihatan sangat manja tetapi amat susah hendak didekati

Jerat sial

Pergi ke sesuatu tempat secara terpaksa

Jauh hati

1) Kurang rasa kasih mesra


2) Merajuk (kecil hati)

Jejak bara

1) Sesuatu perkara yang sudah hampir ke peringkat akhirnya

2) Membuat sesuatu perkara dengan berhati - hati

Jauh jalan

1) Banyak rintangan yang terpaksa dihadapi

2) Banyak usaha dan ikhtiar yang perlu dilakukan

Jatuh terhentak

Orang kaya (berpangkat) yang jatuh miskin atau kehilangan pangkat kebesarannya

Jatuh bangun (Jatuh rebah)

Melakukan sesuatu pekerjaan secara bersungguh-sungguh)

Jatuh hati

Terjalin perasaan atau rasa cinta

Jatuh terhempas

Kejatuhan yang amat dasyat

Jasa baik

Memberikan khidmat, tenaga ataupun bantuan kewangan secara sukarela

Jamuan rasmi

Jamuan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan (jamuan diraja)

Jantung hati

Seseorang yang dikasihi (kekasih)

Jamu selera

Memuaskan nafsu makan

Jamuan berselerak

Jamuan yang diletakkan di satu kawasan yang lapang dan para tetamu boleh memilih jenis makanan yang dikehendakinya oleh mereka

Jalan rambang

Sesuatu yang belum tentu kebenarannya dan hanya berupa sangkaan semata-mata

Jamu mata

Melihat dengan sepuas-puasnya

Jalan buntu

Menemui kegagalan atau sesuatu ikhtiar yang tidak mendatangkan sebarang hasil

Jalan mati

Jalan yang sudah berakhir di bahagian hujungnya

Jahit bibir

Merahsiakan sesuatu perkara secara ketat

Jadi umang-umang

Orang yang suka berlagak dengan meminjam sesuatu daripada orang lain

Jadi perkakas

Menjadi alat orang bagi mencapai maksud orang yang berkenaan

Jadi landasan

Seseorang yang sanggup menerima apa saja kata-kata ataupun suruhan orang lain

Jadi kaki

Menjad tali barut atau diperalatkan oleh seseorang dengan tujuan untuk menyampaikan niat/maksud jahatnya

Jadi hantu

Menjadi pengintip rahsia sesuatu pihak

Jadi angin

Sesuatu yang sia-sia ataupun berada dalam keadaan yang sudah tidak berguna lagi

Istana rupa

Seseorang yang rupawan tetapi tidak memberikan sebarang kebaktian

Jadi abu

Sesuatu yang telah hancur lebur

Isi hati

Perasaan seseorang

Ikut jejak

Mencontohi perbuatan (juga sifat, perangai serta tingkah laku) yang dilakukan seseorang

Ikut serta

Bersama-sama mengambil bahagian atau turut masuk campur di dalam sesuatu perkara

Ikut harus

Mengikut atau menyetujui pendapat serta keputusan terbanyak di dalam sesuatu masyuarat

Ikut angin

Melayani serta menuruti apa yang dikehendaki oleh seseorang

Ikan juara

Suka menambah percakap orang yang sudah tiada kebaikannya

Hujan tertutup

Hujan lebat yang memanjang (tidak berhenti-henti untuk sehari suntuk)

Hutang nyawa

Nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain

Hujan tengah hari

Sesuatu keadaan yang tidak berkekalan

Hisap darah

Menipu seseorang ataupun sekumpulan manusia

Hati kecil

1) Perasaan yang terkandung di dalam hati seseorang

2) Perasaan rendah diri dan kurang yakin terhadap kebolehan yang dimiliki

Hari kemudian

1) Masa tua yang akan dialami oleh setiap orang

2)Hari-hari yang akan datang

3) Hari kebangkitan dari alam kubur

Hati bugis

Seseorang yang berani

Hangat-hangat tahi ayam

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh

Hanyut fikiran

Berhenti rawan kerana kesedihan

Hancur hati

Perasaan berdukacita yang amat sangat

Hamba perut

1) Seseorang yang kuat makan

2) Seseorang yang terlalu menitik berat soal makan dalam setiap perkara

Hampa dada (Hampa tangan)

Harapan yang dipersia-siakan oleh orang lain

Halua telinga

Menikmati bacaan ayat suci Al-Quran, qasidah, nasyid serta lagu-lagu yang merdu

Hamba Allah

Manusia semuanya

Habis akal

Sudah kehabisan cara untuk berikhtiar

Gila hormat

Orang yang suka dihormati dan apabila dihormati semakin bertambah sombong

Gila urat

Menyukai perempuan tetapi tidak berupaya untuk memilikinya

Gila bayang

Mencintai seseorang perempuan tetapi tidak berbalas cinta kasihnya

Gila-gila air

Seseorang yang kurang waras akal pemikirannya

Gigit jari

1) Berdukacita serta menyesal

2)Marah

Gigit bibir

Menahan hati atau perasaan secara berdiam diri

Genting tak putus

Sesuatu perkara yang belum pasti keputusannya

Genggam kera

Genggaman yang sangat kuat

Geleng kepala

1)Tidak bersetuju

2) Tanda kehairanan di atas sesuatu perkara

Genggam bara

Melakukan sesuatu pekerjaan yang berat dan sulit

Gelap mata

1)Seseorang yang tidak boleh dpercayai dalam urusan kewangan

2) Tidak mempunyai fikiran yang waras semasa berhadapan dengan sesuatu keadaan yang rumit kerana cepat hilang pertimbangan

Gamak hati

Sanggup meakukan sesuatu tindakan yang pada dasarnya agak berat untuk dilakukan dalam keadaan biasa

Fikiran tua

Mengikut pemikiran orang-orang yang terdahulu

Empat penjuru (Empat tapang)

Seseorang yang berkebolehan dalam segala perkara , sama ada yang baik mahupun yang jahat

Embun jantan

Embun yang turun di waktu pagi dan titisannya juga agak kasar

Ekor mata

Bahagian hujung mata. Penjuru mata

Dunia terkembang

Seumur hidup

Dunia terbalik

1) Sesuatu perbuatan yang melanggar ketetapan agama atau adat yang sudah menjadi kebiasaaab

2) Sesuatu yang ganjil (umpamanya , seseorang itu dihormati kerana kekayaan dan kecantikannya, bukan kerana kebaikan ataupun budi bahasanya)

Diam batu

Tidak mahu bercakap

Derma bakti

Memberikan khidmat sukarela untuk kebajikan serta faedah masyarakat umumd

Derma kilat

Derma yang dipungut secara pantas dan untuk tempoh tertentu

Dekat pintu kubur

Amat tua dan hampir menemui maut

Daya penarik

Sesuatu yang boleh memikat perasaan serta jiwa seseorang

Degupan hati

Bisikan di dalam hati kecil

Daun terap

Seseorang yang suka bercakap besar tetapi sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kebolehan

Darah ikan

Warna merah tua

Darah gemuruh

Seseorang yang cepat merasa takut

Dalam rahsia

Sesuatu keputusan yang masih belum boleh dihebahkan lagi kepada orang ramai

Dalam angin

Sesuatu perkara yang masih dalam perundingan lagi

Daerah pelarian

Tempat persembunyian

Cuti jepun

Tempoh cuti yang terlalu panjang (memakan masa sehingga dua atau tiga bulan

Curi perasaan

Menarik hati atau memikat perasaan seseorang

Curi masa

1) Membuat sesuatu pekerjaan lain selain daripada menunaikan tanggungjawab yang sudah dipastikan

2) Mempercepatkan sesuatu pekerjaan supaya dapat diselesaikan sebelum tempoh yang ditetapkan

3) Melengah-lengahkan masa berkerja

Cupak hanyut

1) Gaya berjalan seseorang yang berlenggang-lenggok

2) Hidup yang melarat dan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari kesenangan

Cuci tangan

Mungkir , mengelak dan cuba melepaskan diri

Cenderamata

Hadiah kenang-kenangan

Cencaru makan petang

Menunjukkan tanda-tanda kejayaan pada saat-saat akhir

Cari punca

Menbuat penelitian bagi mengetahui sebab-musabab berlakunya sesuatu kejadian itu

Cari mati

Melakukan sesuatu pekerjaan yang berkemungkinan besar akan membawa bencana ke atas diri sendiri

Cari hari

Menetapkan hari yang baik bagi memulakan sesuatu pekerjaan ataupun perjalanan

Campur tangan (Masuk campur)

Mengambil bahagian di dalam sesuatu perkara

Campur mulut

Turut serta di dalam sesuatu perbicangan yang diadakan

Cakap mulut

Bertemu seseorang untuk menyampaikan sesuatu perkara secara bersemuka

Cakap angin

Sesuatu cadangan atau rancangan yang tidak pernah dilaksanakan dan hanya tinggal percakapan sahaja

Cacing kepanasan

Keadaan seseorang yang berada dalam kegelisahan

Cabut undi

Mengambil undi mengikut pilihan sendiri

Cabut nyawa

Bertindak untuk mematikan seseorang

Cabut diri

1) Berundur dari sesuatu perlawanan ataupun pertandingan

2)Tidak mahu masuk campur

Cabut cucuk

Perbuatan yang alang-kepalang (tidak bersungguh-sungguh) sehingga menimbulkan keadaan serba salah

Buruh kasar

Pekerja yang menjalankan sesuatu pekerjaan yang berat

Buntal kembung

Rasa malas yang dirasai oleh seseorang setelah kekenyangan

Bunga rampai

1) Beraneka jenis bunga

2)Campuran yang berjenis-jenis

Bunga cakap

Permulaan sesuatu percakapan (sebelum memperkatakan sesuatu isi yang rasmi) dan ia bukanlah sesuatu yang rasmi lagi

Bunga bibir

Sesuatu janji yang hanya menjadi sebutan tetapi tidak pernah ditunaikan

Bunga bangsa

Pemuda pemudi yang menjadi harapan sesuatu bangsa dan negara

Bumiputera

Penduduk asal bagi sesebuah negara

Buluh pecah

Nada suara yang tidak sedap didengar

Bulat hati

Mempunyai keazaman atau kemahuan yang kuat untuk melakukan sesuatu

Bulat fikiran

Berpendirian tegas di dalam sesuatu keputusan yang telah diambil (pemutus fikiran ataupun pendapat)

Bulan sakit

Bulan dilindungi oleh bayangan bumi (gerhana)

Bulan sabit

Anak bulan yang sudah besar sedikit dan bentuknya seakan-akan sebilah sabit

Bulan bahasa

Bulan (tempoh) yang ditentukan untuk menggalakkan rakyat menggunakan sesuatu (bahasa Malaysia)

Buka mata

Sedar daripada kelalaian

Budak mentah

Seseorang yang masih muda umurnya dan kurang berpengalaman

Buat nama

1)Menjadi masyhur

2)Asalkan ada (hadir)

Buang negeri

1)Dihalau ke negeri tertentu kerana melakukan kesalahan di negeri berkenaan

2) Dipulaukan oleh masyarakat kerana sesuatu sebab

Buang kaki

Berjalan ke sesuatu tempat tanpa tujuan tertentu

Buah mulut

Sesuatu persoalan yang sering diperkatakan orang

Boleh sakit

Mendapat kesusahan

Bodoh sepat

Sungguhpun bodoh tetapi sukar untuk ditipu

Bodoh alang

Seseorang yang bodoh tetapi tidak dapat diajar

Bintang terang

Seseorang yang bernasib baik atau sedang meningkat dari satu kedudukan ke satu kedudukan yang semakin tinggi (dalam aspek mata pencarian ataupun pangkat kebesaran)

Bintang radio

Penyanyi yang memenangi pertandingan nyanyian di radio

Bintang filem

Pelakon utama di layar putih

Bintang dua belas

Ramalan seseorang nujum berdasarkan peredaran bintang

Bidan terjun

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan secara tiba-tiba

Besar kelembung

Orang yang berpangkat besar tetapi tidak mempunyai sebarang jasa dan bakti

Bertopang dagu

Duduk sambil berfikir tentang sesuatu

Bertukar daun

Berubah menjadi kaya ataupun baik

Bertemu bahu

Keadaan yang penuh sesak

Bertegang leher (Keras keng)

Bertengkar ataupun berbalah-balahan di antara satu dengan lain

Bertali arus

Sesuatu yang berlaku tanpa berputusan (berpanjangan dan berlarut-larutan)

Bersalin kulit

1)Berubah keadaan kehidupan

2)Berubah rupa atau warna kulit

Berpegang tangan

Jalan berpimpin

Bernafas panjang

1)Berasa lega ataupun senang hati

2)Mengeluh sebagai tanda penyesalan

Berjabat tangan

Bersalam

Beri tangan

1)Menolong ataupun membantu seseorang

2)Memukul

Bergolok bergadai

Sanggup berhabisan harta benda kerana sesuatu perkara

Berdarah merah

Berani

Berdiam diri

Tidak melakukan sebarang pekerjaan

Bercawat ekor

Tidak mengalami sebarang perubahan

Beri jalan

1) Beri peluangan

2)Menunjukkan fikiran yang baik

Berbulu tapak tangan

Sudah lama menjalankan sesuatu pekerjaan

Berbulan madu

1) Melancong ke sesuatu tempat bersama isteri atau suami selepas berkahwin

Berbahasa

1) Menggunakan bahasa ataupun ucapan dengan tatatertib

2) Mengucapkan terima kasih diatas sesuatu pemberian atau menyatakan sesuatu penghargaan dengan kata yang manis didengar

Berat punggung

Seseorang yang lambat atau susah hendak bangun atau bergerak

Berat mata

Berasa mengantuk

Bekal mati

1) Mencari harta untuk digunakan oleh orang-orang yang masih hidup bagi urusan tertentu apabila pencari harta tersebut meninggal dunia

2) Beramal ibadat kepada Tuhan

Belum pecah mata belalang

Waktu yang amat pagi

Bawah angin

Negeri-negeri di sebelah timur seperti Malaysia, Indonesia, Negeri Thai dan lain-lain lagi

Batu ujian

Bentuk ujian yang berat

Batu uji

Seseorang yang pintar dan selalu digunakan untuk menguji atau menduga seseorang

Batu penarung

Penghalang bagi kemajuan

Batu loncatan

1) Alat untuk mencapai sesuatu tujuan atau maksud

2) Pekerjaan atau kedudukan yang sudah dipegang dan digunakan untuk mendapatkan pekerjaan atau kedudukan yang lebih tinggi

Batang tubuh

Diri ataupun perwatakan seseorang

Batu asas

Batu yang dijadikan tapak sebelum sesuatu pembinaan dilakukan

Basuh hati

Melupakan segala kenangan yang mendukacitakan

Banyak tangan

Ramai orang yang mengendalikan sesuatu urusan

Bapa kemerdekaan

Seseorang yang menjadi perintis bagi mencapai kemerdekaan sesebuah negara

Banyak tahi minyak

Orang yang banyak karenah

Banyak lemak

1) Seseorang yang dimanja-manjakan

2) Tindakan seseorang yang melampaui batas

Banyak mulut

Selalu bertegur sapa, beramah tamah dan suka berbual-bual dengan orang lain

Banyak air mata

Seseorang yang senang menangis

Bangkai bernyawa

Seseorang yang berada dalam keadaan tidak bermaya kerana sesuatu penyakit

Balai agung

Balai yang besar ataupun balairung di istana

Balai angin

Tempat berehat-rehat sambil mengambil angin

Bahasa pasar

Bahasa yang digunakan dalam perbualan harian dan sering digunakan semasa berjual beli dikedai dan lain-lain urusan tidak rasmi

Bahasa dalam

Bahasa istana ataupun bahasa beradat yang sering digunakan oleh keluarga diraja ataupun orang baik-baik

Badan bahasa

Persatuan atau pertubuhan yang mengutamakan soal-soal bahasa, sastera dan kebudayaan

Ayat Allah

Ayat-ayat suci Al-Quran . Tanda-tanda dan bukti-bukti kekuasaaan Allah S.W.T. di alam semesta ini

Ayam wangkang (Ayam raga)

Seseorang yang bukannya ahli di dalam sesuatu perlahwanan atau bukannya peserta di dalam sesuatu pertandingan

Atas pagar

Orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuh-musuhan (baik pertubuhan, parti politik mahupun individu)

Atas angin

Negara-negara di sebelah Barat

Antarabangsa

Sesuatu yang bersangkutan diantara satu bangsa atau negara dengan bangsa atau negara di dunia

Angkatan muda

Golongan muda-mudi yang berfahaman moden

Angkat muka

1) Menunjukkan keberanian dan tidak berasa takut kepada sesiapa


2) Berbesar diri

Angkat mata

Rasa bebas atau lapang (setelah selesai mengalami sesuatu kesukaran)

Angin lalu

Pesan ataupun khabar

Angkat kaki

Melarikan diri dari sesuatu tempat kerana sesuatu hal atau perkara

Angin-angin

Desas-desus tentang sesuatu peristiwa yang belum pasti kesahihannya

Anak tempatan

Anak kampung atau anak negeri sendiri

Anak kapal

Kelasi

Anak air

Sungai kecil

Anak dagang

1)Orang asing

2)Orang yang berdagang atau merantau

Ambil hati

1)Bersikap atau bertindak untuk menyukakan hati seseorang

2)Merajuk atau menaruh perasaan marah terhadap seseorang

Ambil langkah

Melakukan sesuatu tindakan secara baik bagi menjayakan sesuatu

Ambil bahagian

Menyertai sesuatu pergerakan secara aktif

Ambil angin

Bersiar-siar kerana berehat, sesudah bekerja atau belajar

Alih langkah

Menukar sesuatu usaha kepada usaha yang lain

Aliran zaman

Peralihan ataupun perubahan masa

Alas perut

Memakan sedikit makanan untuk menahan lapar

Alas kubur

Pembayar hutang yang ditanggungi oleh si mati

Akhir zaman

Masa yang paling dekat dengan kiamat ataupun masa di mana manusia sudah melupai perintah Allah

Alas kaki

Memakai kasut atau selipar

Akal panjang

Seseorang yang berfikiran matang dan luas ruang cakupan perbicaraannya

Air tawar

1) Air yang tidak mempunyai apa-apa rasa, seperti tidak manis

2) Air yang menjadi ubat sesudah dijampi oleh dukun atau pawang

Air sembilan

Air pemandi mayat

Air muka

1) Gambaran perasaan seseorang - suka atau gembira

2) Taraf kemuliaan seseorang - maruah

Air Mati

1) Air yang sudah dimasak

2) Air laut yang tidak pasang-surut

Air liur basi

Sesuatu pertolongan yang dinyatakan secara perkataan sahaja tidak disertai dengan upah sedikit pun

Air keras

Air panahan yang digunakan supaya sesuatu barang yang disimpan itu tidak rosak ataupun musnah

Air emas (Tinta emas)

Sesuatu yang diingati untuk selama - lamanya

Air atma jiwa

Air pelanjut umur dan sering digunakan untuk melanjutkan usia seseorang dengan bantuan Allah

Ahli Kitab

Orang Yahudi atau Nasrani yang diberikan kitab Taurat dan Injil oleh Tuhan sebagai sumber pegangan mereka

Adu kening

Dipersandingkan ataupun diperhadapkan

Ada hati

1) Mempunyai fikiran atau perasaan

2) Ada kemahuan

Ada buah

Mempunyai sebab atau tujuan yang tertentu

Ada Bakat

Mempunyai beberapa sifat, kelebihan atau keutamaan di dalam sesuatu hal

Jenis Simpulan Bahasa

Jenis simpulan bahasa

  1. Simpulan bahasa yang mempunyai 2 makna
  2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai erti yang sama
Contohnya

1) Ada angin
  a)Mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu
  b)Sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri







2)Simpulan bahasa yang tidak mempunyai perasaan malu
  a)Muka talam
  b)Muka tebal
  c)Muka tembok

Simpulan Bahasa - Pengertian

 Pengertian

Simpulan bahasa adalah satu rangkaian perkataan yang dirumuskan mengikut susunan tertentu untuk membawa sesuatu maksud tertentu. Dari segi maksudnya, ia membawa erti yang berlainan daripada perkataan yang digunakan. Kita tidak boleh memberikan pengertian terhadap sesuatu simpulan bahasa itu dengan hanya berdasarkan makna tersuratnya sahaja kerana untuk memahami sesuatu simpulan bahasa itu, kita semestinya melihat makna tersiratnya, iaitu makna di sebalik yang tersurat atau yang tertulis

Dalam konteks simpulan bahasa, apabila kita memisahkan sesuatu perkataan di dalamnya, ia akan menjadi perkataan yang tersendiri dan hanya membawa makna asalnya sahaja. Sebaliknya apabila perkataan tersebut dirangkaikan dengan perkataan satu lagi, maka maknyanya akan berubah dari makna perkataan asalnya tadi